APA KATA MEREKA

Khamis, 6 Oktober 2016

UTUSAN ONLINE: JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA KE 13 JANJI KELAINAN


KUALA LUMPUR 5 Okt. – Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 yang akan diadakan pada 25 November hingga 1 Disember ini menjanjikan kelainan kepada para peserta berban-ding siri jambori pe-ngakap peringkat kebangsaan sebelum ini.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr. Elli Mohd. Tahir berkata, istimewa­nya jambori kali ini akan diadakan pertama kali di ibu kota iaitu di Taman Metropolitan Batu.



Beliau berkata, dengan per­sekitaran di tengah-tengah pusat bandar, pengisian jambori berkonsepkan urban dan menjurus kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan remaja bandar.

“Sebagai contoh, kita menyediakan aktiviti seperti kasut roda, papan selaju, skuter mini, go-kart dan sebagainya.

“Selain itu, para peserta akan dibawa melawat tempat-tempat menarik yang menjadi mercu tanda di Kuala Lumpur selain berpeluang menaiki pengangkutan-pe-ngangkutan awam yang terdapat di ibu negara,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Jambori Pengakap Malaysia pertama kali diadakan pada 1966 di Teluk Bahang, Pulau Pinang dan edisi ter­akhir di Kuala Terengganu, Terengganu pada 2011.

Untuk edisi kali ini, Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 dianjurkan se­rentak dengan Jambori Pengakap Antarabangsa Kuala Lumpur 2016.

Menurut Elli, menjelang dua bulan lagi penganjuran jambori tersebut, persiapan pihaknya selaku tuan rumah kini berada di tahap hampir 80 peratus.

Ujar beliau, setakat ini, hampir 5,300 ahli pengakap dari seluruh negara telah mengesahkan kehadiran dan pihaknya masih menunggu pendaftaran daripada kontinjen antarabangsa.

“Kita menyasarkan penyertaan peserta sebanyak 7,000 orang sebelum November ini.

“Kira-kira 25 jabatan dan agensi terlibat sama dalam penganjuran jambori ini,” katanya.

MSJKL16 Official Social Media

MSJKL16 Official Social Media